| Kita sering memakan kuman atau bakteria yang berada di makanan kita atau dipersekitaran, cuma kita tidak peduli benda ini kerana ia sangat kecil tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar.
Selepas ini mungkin anda pertimbangkannya untuk membersihkan diri dari kuman ini.
Jom lihat Gambar Kuman yang dibesarkan.
1. Larva Lalat Hijau (Belatung)
Walaupun namanya lalat hijau tapi kuman ini langsung tidak menyerupai lalat apatah lagi berwarna hijau. Gambar ini telah dibesarkan oleh Steve Gschmeissner seratus kali sehingga nampak dengan jelas bentuknya yang seakan-akan seperti kartun.
2. Kutu Roti
Steve Gschmeissner telah mengambil gambar kuman ini untuk diabadikan. Kuman ini biasa berada di roti atau kuih yang tidak dibungkus.
3. Kutu bulu anjing
Ini adalah kutu bulu yang suka melompat-lompat dari satu tempat kesatu tempat, kuman ini mempunyai kaki yang kuat untuk melompat so tidak mustahil tanpa disedari mereka mendarat di makanan anda. Ini kerana kuman ini sangat halus dan hanya boleh dilihat melalui microscope.
4. Kutu debu
Kutu debu biasa tinggal tilam, sofa atau kain anda. mereka juga boleh diterbangkan oleh angin. Jika membeli makanan diluar pastikan pertimbangkan untuk membeli makanan di jalanan yang mempunyai Debu banyak berterbangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar