
Gambar Hiasan
Kemunculan sebuah bangsa yang 
akan mencipta kekacauan serta kerosakan di muka bumi telah ditakdirkan 
Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai salah satu penanda kiamat besar. 
Siapakah dan bagaimanakah mereka?
Di dalam beberapa hadis tentang 
tanda-tanda hari kiamat kubra (besar), disebutkan ada sepuluh tanda hari
 kiamat. Di antaranya adalah keluarnya Ya`juj dan Ma`juj.
Berita tentang keluarnya Ya`juj dan Ma`juj bukan hanya mutawatir, bahkan disebutkan dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 96-97:
حَتَّى
 إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ 
يَنْسِلُونَ. وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ 
أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَاوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ 
هَذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ.
Maksudnya: "Hingga apabila 
dibukakan (dinding) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat 
dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang
 benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang 
yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami
 dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang 
zalim.”
Ibnu Katsir rahimahullahu 
menerangkan: mereka adalah dari keturunan Adam ‘alaihissalam dari 
keturunan Nabi Nuh ‘alaihissalam, dari anak keturunan Yafits yakni nenek
 moyang bangsa Turki yang terkurung oleh benteng tinggi yang dibangun 
oleh Dzulqarnain.
Sedangkan makna “min kulli 
hadabin yansilun” diterangkan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu: yakni 
turun dari tempat-tempat yang tinggi dengan cepat dengan membuat 
kerosakan.
Demikian pula disebutkan dalam surat Al-Kahfi ayat 94:
قَالُوا
 يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي 
اْلأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا 
وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
Maksudnya: “Wahai Dzulqarnain, 
sesungguhnya Ya`juj wa Ma`juj merosakkan di permukaan bumi, kami akan 
siapkan imbalan yang besar agar kiranya engkau membuatkan benteng antara
 kami dengan mereka.”
Adapun kalimah yang menunjukkan 
bahawa runtuhnya benteng Dzulqarnain dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj 
sebagai tanda dekatnya hari kiamat adalah ucapan Allah Subhanahu wa 
Ta’ala pada ayat ke-98:
هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ
Maksudnya: “Ini adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh…..”
Ibnu Katsir rahimahullahu 
menyatakan: “Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa mereka tidak akan 
dapat melubanginya sedikitpun…”
Sedangkan makna “Jika datang 
janji Rabbku” adalah: Jika telah dekat hari kiamat, Allah Subhanahu wa 
Ta’ala akan runtuhkan benteng tersebut. Demikian dikatakan oleh Ibnu 
Katsir rahimahullahu.
Ya`juj wa Ma`juj dari keturunan Adam ‘alaihissalam
Ya’juj dan Ma’juj adalah dari 
jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam. Tidak seperti yang 
digambarkan oleh sebahagian orang bahawa mereka bukanlah dari keturunan 
manusia. Hanya sahaja mereka adalah orang-orang yang merosak serta 
memiliki sifat dan perangai yang Allah Subhanahu wa Ta’ala takdirkan 
kepada mereka tidak seperti manusia pada umumnya.
Dalil yang menunjukkan bahawa 
mereka dari jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam adalah apa yang 
diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dalam Kitabul Anbiya’ bab Qishah Ya’juj
 dan Ma’juj, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi 
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
عَنْ
 أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى 
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: يَا آدَمُ. 
فَيَقُولُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ. فَيَقُولُ: 
أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ. قَالَ: وَمَا بَعْثُ النَّارِ؟ قَالَ: مِنْ 
كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ 
الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ 
سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ﭼ. 
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ؟ قَالَ: 
أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا
 …
Allah Subhanahu wa Ta’ala 
berfirman kepada Adam: “Wahai Adam.” Maka Adam menjawab: “Labbaika wa 
sa’daika wal khairu fi yadaika (Aku sambut panggilan-Mu dengan senang 
hati dan kebaikan semuanya di tangan-Mu).” Kemudian Allah Subhanahu wa 
Ta’ala berfirman: “Keluarkan utusan (penghuni) neraka.” Maka Adam 
bertanya: “Apa itu utusan (penghuni) neraka?” Allah Subhanahu wa Ta’ala 
berfirman: “Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan 
puluh sembilan orang!” Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, 
setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat 
orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana 
azab Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sangat keras. Kemudian para sahabat 
bertanya: “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” 
Rasulullah menjawab: “Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu 
dari kamu satu dan dari Ya’juj dan Ma’juj seribu….” (HR. Al-Bukhari 
dengan Fathul Bari, juz 6 hal. 382)
Dari hadis di atas kita dapatkan beberapa faedah:
Pertama: Ya’juj dan Ma’juj adalah calon penghuni neraka.
Kedua: jumlah Ya’juj dan Ma’juj sangat besar.
Ketiga: bahawa Ya’juj dan Ma’juj dari jenis manusia keturunan Adam.
Sifat-sifat Ya`juj dan Ma`juj
Walaupun mereka dari jenis 
manusia keturunan Adam, namun mereka memiliki sifat khas yang berbeza 
dari manusia biasa. Ciri utama mereka adalah perosak dan jumlah mereka 
yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan 
air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata 
kecil (sepet), berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya 
seakan-akan wajahnya seperti perisai dan lain-lain sifat.
Disebutkan dalam riwayat Al-Imam Ahmad rahimahullahu, dari Ibnu Harmalah, dari makciknya, dia berkata:
خَطَبَ
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَاصِبٌ 
إِصْبَعَهُ مِنْ لَدْغَةِ عَقْرَبٍ فَقَالَ: إِنَّكُمْ تَقُولُونَ لاَ 
عَدُوَّ وَإِنَّكُمْ لاَ تَزَالُونَ تُقَاتِلُونَ عَدُوًّا حَتَّى يَأْتِيَ
 يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ عِرَاضُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الْعُيُونِ شُهْبُ 
الشِّعَافِ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ
 الْمُطْرَقَةُ
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi 
wa sallam berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat 
kalajengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. 
Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya 
Ya’juj dan Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna 
putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, 
seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” (HR. Ahmad)
Ya`juj dan Ma`juj Sudah Ada Sekarang
Ya`juj dan Ma`juj sudah ada dan 
terus dalam keadaan turun-temurun (beranak pinak), tidak meninggal satu 
orang dari mereka, kecuali lahir seribu orang lebih. Sebagaimana 
disebutkan dalam riwayat Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma yang 
diriwayatkan Al-Hakim rahimahullahu dalam Mustadrak-nya.
Namun alhamdulillah Allah 
Subhanahu wa Ta’ala telah bentengi mereka dari kita, iaitu dengan sebab 
menakdirkan munculnya Dzulqarnain yang dengan kemampuannya membuat 
benteng yang terbuat dari besi dan tembaga.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
ثُمَّ
 أَتْبَعَ سَبَبًا. حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ 
دُونِهِمَا قَوْمًا لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً. قَالُوا يَاذَا 
الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي اْلأَرْضِ 
فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ 
سَدًّا. قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ 
أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا. آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ 
حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا 
جَعَلَهُ نَارًا قَالَ ءَاتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا. فَمَا 
اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا. قَالَ هَذَا
 رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ 
وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا
Maksudnya: “Kemudian dia 
menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai 
di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum
 yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai 
Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj dan Ma`juj itu orang-orang yang membuat
 kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran 
kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’ 
Dzulqarnain berkata: ‘Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku 
terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan 
(manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan 
mereka, berilah aku potongan-potongan besi.’ Hingga apabila besi itu 
telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah 
Dzulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Hingga apabila besi itu sudah menjadi 
(merah seperti) api, diapun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang 
mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu.’ Maka mereka tidak 
dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain
 berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah 
datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji 
Rabbku itu adalah benar’.” (Al-Kahfi: 92-98)
Kesombongan Ya`juj dan Ma`juj
Ya`juj dan Ma`juj ketika keluar 
tidaklah melalui sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melalui danau 
kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali 
dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang membantai seluruh penduduk
 bumi, mereka menentang penduduk langit. Inilah kesombongan yang luar 
biasa dari Ya`juj wa Ma`juj.
ثُمَّ
 يَسِيرُونَ حَتَّى يَنْتَهُوا إِلَى جَبَلِ الْـخُمَرِ وَهُوَ جَبَلُ 
بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ قَتَلْنَا مَنْ فِي اْلأَرْضِ 
هَلُمَّ فَلْنَقْتُلْ مَنْ فِي السَّمَاءِ. فَيَرْمُونَ بِنُشَّابِهِمْ 
إِلَى السَّمَاءِ فَيَرُدُّ اللهُ عَلَيْهِمْ نُشَّابَهُمْ مَخْضُوبَةً 
دَمًا
“Kemudian mereka berjalan dan 
berakhir di gunung Khumar, iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. 
Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita 
membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan 
tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala 
kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran 
darah.” (HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)
Yakni mereka mengira bahawa 
darah tersebut bukti kemenangan mereka melawan penduduk langit. Maka 
Allah Subhanahu wa Ta’ala binasakan seluruhnya pada ketika kemuncak 
kesombongan mereka dalam waktu yang hampir bersamaan.
Binasanya Ya'juj dan Ma'juj dengan doa Nabi Isa ‘alaihissalam
Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an radhiyallahu ‘anhu dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:
إِذْ
 أَوْحَى اللهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لاَ 
يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ 
وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ 
يَنْسِلُونَ فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ 
فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ 
بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ 
حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ 
دِينَارٍ لِأَحَدِكُمُ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى 
وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللهُ عَلَيْهِمُ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ 
فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ 
اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اْلأَرْضِ فَلاَ يَجِدُونَ فِي اْلأَرْضِ
 مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلاَّ مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ 
نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللهِ فَيُرْسِلُ اللهُ طَيْرًا 
كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ 
ثُمَّ يُرْسِلُ اللهُ مَطَرًا لاَ يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلاَ 
وَبَرٍ فَيَغْسِلُ اْلأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ 
يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ…
Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala
 mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan 
hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk 
memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu 
Allah Subhanahu wa Ta’ala keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka 
mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati 
danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga 
ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka 
berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu 
dikepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissalam dan para sahabatnya. Hingga 
kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus 
dinar kamu sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) 
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun 
mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya 
mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir
 bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan 
para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali 
dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissalam 
pun berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah 
Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti 
unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat 
yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kehendaki. Kemudian Allah kirimkan hujan 
yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun kemah, lalu membasahi 
bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: 
‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu...” (HR. Muslim)
Wajib Beriman dengan berita Ya`juj wa Ma`juj
Berita tentang Ya`juj wa Ma`juj 
adalah berita dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, sehingga 
seorang muslim yang beriman wajib menerimanya. Bukankah ciri-ciri orang 
yang bertakwa adalah beriman kepada hal ghaib yang dikhabarkan oleh 
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya? Dan termasuk hal yang ghaib 
adalah apa yang akan terjadi pada akhir zaman, termasuk berita akan 
keluarnya Ya`juj wa Ma`juj?
Namun sebahagian kaum muslimin, 
khususnya kaum Mu’tazilah dan para rasionalis atau orang-orang yang 
terpengaruh oleh mereka, menolak berita-berita hadis yang -menurut 
anggapan mereka- tidak masuk akal. Mereka menganggap hadis-hadis 
tersebut hanya akan membuat orang lari dari Islam.
Ketika mereka mendengarkan 
hadis-hadis tentang diangkatnya Nabi Isa ‘alaihissalam dalam keadaan 
hidup, akan turunnya baginda pada akhir zaman, berita tentang Dajjal 
-yang sudah ada wujudnya dalam keadaan terbelenggu- atau tentang Ya`juj 
wa Ma`juj yang masih beranak-pinak dan terus menerus berupaya untuk 
keluar dari benteng yang dibuat oleh Dzulqarnain, dan lain-lainnya. 
Mereka benar-benar gelisah, panas dadanya seraya berkata: “Untuk apa 
hadis-hadis seperti ini disampaikan. Hadis-hadis ini akan menjadikan 
manusia semakin jauh dari Islam.” Mereka melontarkan olok-olok, celaan, 
dan berbagai macam ucapan penolakan terhadap hadis-hadis tersebut. 
Keadaan mereka ini serupa seperti yang dikatakan oleh para ulama tentang
 ahlul bid’ah:
Ahmad bin Sinan Al-Qaththan 
rahimahullahu berkata: ”Tidak ada di dunia ini seorang mubtadi’ (ahli 
bid’ah) pun kecuali akan membenci ahlil hadis. Jika seseorang 
mengada-adakan kebid’ahan nescaya akan dicabut kelazatan hadis dari 
hatinya.” (Aqidatussalaf wa Ashhabul Hadits hal. 300)
Abu Nashr bin Sallam Al-Faqih 
rahimahullahu berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dan lebih 
dibenci bagi orang-orang mulhid (sesat) daripada mendengarkan hadis 
dengan riwayat dan sanadnya.” (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits hal. 302)
Penutup
Sebagai nasihat dan peringatan untuk kita dan seluruh kaum muslimin, kami nukilkan beberapa ucapan para ulama dalam masalah ini:
Al-Imam Ahmad bin Hambal 
rahimahullahu menyatakan: “Barangsiapa yang menolak hadis Nabi 
Shallallahu ‘alaihi sa wallam, maka dia berada di pinggir jurang 
kehancuran.” (Thabaqat Al-Hanabilah, 2/11 dan Al-Ibanah, 1/269; lihat 
Ta’zhimus Sunnah hal. 29)
Al-Imam Al-Barbahari 
rahimahullahu menegaskan: “Jika engkau mendengar seseorang mencela 
riwayat-riwayat (yakni riwayat hadis yang sahih), menolaknya atau 
menginginkan selainnya, maka curigailah keislamannya dan jangan ragu 
kalau dia adalah pengekor hawa nafsu, ahlul bid’ah.” (Syarhus Sunnah 
hal. 51)
Abul Qashim Al-Ashbahani 
rahimahullahu menerangkan: Ahlus Sunnah dari kalangan salaf berkata: 
“Barangsiapa mencerca riwayat-riwayat hadis, maka selayaknya untuk 
dituduh keislamannya.” (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/248. Lihat 
Ta’zhimus Sunnah, hal. 29)
Al-Imam Az-Zuhri rahimahullahu 
–imamnya para imam pada zamannya- berkata: “Dari Allah Subhanahu wa 
Ta’ala keterangannya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang 
menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.” (Aqidatus 
Salaf Ashhabil Hadits, hal. 249)
Beliau rahimahullahu berkata 
juga: “Diriwayatkan dari salaf bahawa kaki Islam tidak akan kokoh, 
kecuali di atas dasar at-taslim (yakni menerima dan tunduk pada seluruh 
ucapan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, pent.).” (Aqidatus Salaf
 Ashhabul Hadits hal. 200). Wallahu a’lam.
Penulis: Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed
Disunting oleh: Abu Soleh 
Sumber: http://asysyariah.com/print.php?id_online=590 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar