As salam.
Yakjuj
dan Makuj adalah isu yang telah ribuan tahun dibincang baik oleh orang
Islam, Kristian mahupun Yahudi. Tapi malangnya orang Yahudi lebih tahu
siapa yakjuj makjuj itu.
Ramai menyangka ia adalah bangsa manusia kerana hadis-hadis menyebut mereka keturunan Adam.
Namun
menurut terdapat seorang syeikh menyatakan bahawa Adam adalah nama
khusus untuk khalifah yang diutuskan di muka bumi. Sebelum manusia
telah ada ramai Adam diutuskan ke muka bumi. Adam terakhir sebelum Nabi
Adam as diutuskan adalah Adam bapa para jin. Dunia sudah dihancurkan
berkali-kali sehinggalah Adam manusia diciptakan. Adam manusia ini Allah
berikan kelebihan dengan ilmu segala yakni mempunyai pengetahuan
tentang segala yang berada di alam ini. Ketika Adam manusia turun, bumi
telah dipenuhi dengan keturunan Adam terdahulu. Tugas Nabi Adam as
adalah untuk kawal segala yang ada di bumi dan di langit kerana
sebahagian dari keturunan Adam terahulu mampu menembusi langit. Namun
berlaku hibrid antara keturunan Adam manusia dan Adam terdahulu (Contoh
perkahwinan manusia dan jin yang pernah berlaku).
Keturunan hibrid
ini tak mampu dikawal lagi sejak keghaiban Nabi Idris as lantas
sebahagian besar mereka dilenyapkan dari muka bumi. Hanya mereka yang
turut serta dengan Nabi Nuh as sahaja yang selamat. Sebahagian kecil
dari keturunan hibrid
ini turut serta di Bahtera. Sebahagian mereka telah berkahwin dengan
keturunan Yafith bin Nuh as sehingga lahirlah satu generasi yang
dikenali sebagai Yakjuj Makjuj. Mereka adalah keturunan hibrid tersebut.
Istilah
yakuj makjuj telah mengundang perselisihan ulama’ sejak zaman berzaman.
Sebahagian ulama’ menyatakan istilah ini berasal dari perkataan arab
al-ajjah yang bermaksud bercampur aduk. Mungkin yang dimaksudkan ialah
keturunan hibrid.
Benarkah keturunan hibrid wujud? Ulama’ Islam dahulu kala telah berselisih mengenai perihal keturunan hibrid ini. Ada yang meyakini Yakjuj Makjuj adalah keturunan hibrid manakala
sebahagian lagi yakin bahawa mereka adalah keturunan Nabi Adam as
dengan Hawa. Ulama’ moden menolak perihal ini kerana kisah hibrid
kerana mereka menolak banyak pendapat terdahulu atas alasan hujah
mereka lemah. Antara sebab lain adalah kerana ada hadis nabi saw yang
menyatakan Yakjuj Makjuj adalah keturunan Yafith bin Nuh as. Sebenarnya
Nabi saw banyak menyebutkan perihal yakjuj makjuj namun ulama’ moden
menolak hadis-hadis tersebut atas alasan daif atau mauduk.
Antara sifat-sifat mereka yang kurang diketahui umat Islam ialah:
- Sebahagian ulama’ silam menyebut mereka keturunan Nabi Adam BUKAN dengan Hawa
- jumlah mereka ramai iaitu 1 MANUSIA dan jin : 9 yakjuj makjuj
- Yakjuj makjuj takkan mati melainkah setelah melahirkan 1000 keturunan
- Yakjuj makjuj terdiri daripada 21 kabilah, 20 terkurung dan 1 sahaja tidak terkurung
- Bumi ini ada enam bahagian 1 bahagian untuk SELURUH MAKHLUK manakala 5 bahagian untuk yakjuj makjuj.
- Pada hari kiamat Allah berfirman kepada Nabi Adam as supaya membawa 1999 keturunannya ke neraka dan 1 ke syurga dan mereka ialah yakjuj dan makjuj bukan MANUSIA.
- Sifat-sifat yakjuj dan makjuj memang aneh tak seperti manusia biasa yakjuj makjuj ada 3 kategori iaitu kelompok setinggi 1 hasta, kelompok setingi 2 hasta dan kelompok setinggi 3 hasta. Ada yang telinganya lebar hingga mampu menjadi selimut dan tilam jika ia tidur, yakjuj makjuj bersifat menyerang seperti binatang dan memakan apa sahaja yang dijumpainya.
.....
JADI YAKJUJ MAKJUJ ADALAH KETURUNAN HIBRID YANG SAYA MAKSUDKAN.
JADI DIMANA MEREKA DIKURUNG SEKARANG?
Selepas banjir besar, ramai keturunan hibrid
telah tinggal di 5 dimensi dunia yang lain. Mereka hanya mampu
menjejakkan kaki ke dunia ini melalui sesuatu yang dipanggil lubang
cacing/pintu antaradimensi. Alam 5 dimensi tersebut berbeza antara satu
sama lain. Namun Zulkarnain as telah menutup lubang cacing yang
menghubungkan dunia kita dengan dunia mereka pada zaman Nabi Ibrahim as.
Dalam Al-Quran lubang cacing ini disebut sebagai Maarij.
Dajjal
berusaha membawa yakjuj makjuj ke dunia jika dia dapat menguasai lubang
cacing maka seluruh manusia akan ditimpa kebinasaan. Pusat lubang
cacing terletak di Masjidil Aqsa dimana dari sinilah Nabi Isa as
bersembunyi di dimensi lain dan di sinilah baginda as akan kembali ke
dunia. Kini Dajjal telah berjaya menguasai pusat lubang cacing dan
mereka sudah bersedia untuk membawa segala penduduk dari segala dimensi
ke alam dunia ini. Yahudi sangat kenal dengan Yakjuj Makjuj telah
menceritakan perihal kemunculan semula yakjuj makjuj melalui filem-filem
Alien ciptaan mereka. Contoh paling jelas yang menunjukkan Alien adalah
Yakuj Makjuj adalah dalam filem ‘War of The Worlds’ yang menunjukkan
secara jelas penaklukan Alien ke bumi yang tak mampu dikalahkan sesiapa
dan Alien hanya boleh dihapuskan oleh kuman sahaja (macam dalam hadis
tentang Yakjuj Makjuj).
Kaum
Mole yang tinggal di bawah tanah yang ditemui NASA mungkin adalah satu
kabilah Yakjuj Makjuj yang tidak dikurung. Yahudi memang mahu seluruh
dunia ini binasa secara total. Kini Yahudi sedang bergembira kerana umat
manusia tidak tahu hal ini. Filem terbaru Transformers 3 secara jelas
menunjukkan bagaimana Dajjal yang digambarkan sebagai Decepticon
menguasai pintu antara dimensi dan hampir berjaya membawa planet alien
cybertron (lambang alam yakjuj makjuj) ke dunia. Kita pula masih bingung
hingga menyangka bangsa tertentu adalah Yakjuj Makjuj. Hakikatnya
Yahudi terkekeh-kekeh ketawa kerana mereka tahu bahawa Yakjuj Makjuj
sebenarnya adalah Alien.
Di dalam Al Quran disebut beberapa klu tentang keluarnya Yakjuj Makjuj
- Al-Quran menyebut bila dibuka (Futihat) Yakjuj Makjuj. Tidak disebut buka apa. Tidak pula disebut istilah runtuh yang sesuai kalau ia merujuk kepada TEMBOK.
- Al-Quran menyebut bahawa ketika keluarnya Yakjuj Makjuj mereka keluar dari segenap tempat yang tinggi.
- Al-Quran menyebut Yakjuj Makjuj keluar dalam keadaan bercampur aduk (hibrid) dengan menggunakan istilah yamuju - Allah menyebut kepulangan Bani Israel ke Palestin kali kedua dalam keadaan bercampur baur (genetiknya) dengan istilah lafifan.
JADI
CUBA BERFIKIR BUAT SEKELIAN KALINYA. NABI SAW SENDIRI DALAM SEBUAH
HADIS YANG SAHIH MEMBEZAKAN PERKATAAN YAKJUJ MAKJUJ DENGAN MANUSIA
(HADIS NABI ADAM AS DIPERINTAH MEMASUKKAN KETURUNANNYA KE NERAKA)
Nota:
- Umat islam masih tertipu menyangka alexander atau cyrus adalah zulkarnain sedangkan nabi saw telah menyebutkan sifat-sifat raja zulkarnain (Rujuk Iskandar Zulkarnain karya iaitu
- Zulkarnain hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim as
- Zulkarnain menjadi Islam ditangan Nabi Ibrahim as
- Zulkarnain mempunyai menteri kanan yakni Nabi Khidir as
- Nabi Khidir as telah bersaing dengan Zulkarnain as untuk merebut air mata kehidupan di sebuah lembah misteri. Nabi Khidir as berjaya mendapatkannya dan dikurniakan umur panjang.
Yahudi
telah mengubah kandungan kitab Salatus salatin untuk mengatakan
alexander adalah Zulkarnain namun mereka terlupa membuang kisah
zulkarnain menjadi islam di tangan nabi ibrahim dan membawa ajaran
baginda as ke seluruh dunia di dalam Salatus salatin.
Sekian, wallahu a’lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar